//tyrrooh
Roommates' special entry : IBI Intake December 2016

Monday 27 March 2017 @ 07:46 | 1 Comment [s]


Hey, its almost 2 months aku tinggalkan Kolej Alpha, Seremban 2, roommates, classmate, lectures, mentors and abah dan yang lain-lain. Such a great memories especially memori dengan roommates. Eventhough it was just 2 months tapi rasa macam tak nak balik. Rasa macam nak duduk sana dengan diorang. Tengok wayang. Jalan pergi kelas. Jalan pergi Aeon, Palm Mall, Mydin. So today, I want to share about my ROOMMATES yang sangat banyak kerenah dan perangai yang berbeza. Kita pergi sorang-sorang okay?
         MAK, aka fiza. Mak always be mak. Mak yang caring, cute, funny, good listener, good advicer. Dekat dorm tu mak la yang paling penting. Macam mana kitorang boleh panggil dia mak? aku tak ingat sangat siapa yang start dulu panggil dia mak tapi masa tu si Sloth demam dan mak sangat la caring. Jaga dia. From that moment la kitorang panggil dia mak. Actually nickname tu kitorang tak panggil dekat bilik je, kitorang jumpa dia kat mana-mana pun kitorang still panggil dia Mak. Lagi-lagi bila ada member-member dia, memang masa tu kitorang ambil advantage la jerit "MAK!!". Sejak haritu la diorang semua sibuk panggil mak kite, mak dia. Ingat kitorang nak share mak ke. MAK IS OUR MAK AND ALWAYS BE OUR MAK. Mak ni talented gila. She's good in singing, speaking, acting, semua la. Masa concert kitorang yang ke 4 kalau tak silap, public speaking, masa tu mak tercalon. Dia cerita pasal kitorang. Sedih sangat bila dengar cerita dia. Mak tetap di hati kami. MAK IS AWESOME, MAK IS AWESOME, MAK IS AWESOME
         SLOTH, aka mai. Mai was my roommate, classmate and groupmate. kitorang seperated masa drama je. Dia drama cinderella and act as a stepmother and me drama the canterville ghost act as a maid. Kitorang banyak sangat chemistry, almost everything la even taste lelaki yang kitorang nak hampir sama. Actually bukan itu je, kitorang juga sangat suka tidur dalam kelas tapi aku punya tidur lagi power la. She's everything almost semua benda aku cerita kat dia and dia salah seorang member selepas family aku yang pernah nampak aku stress sangat-sangat, pergi kelas pun menangis, hentak-hentak kaki, duduk merengek tepi tangga. yes, she is. Honestly mai, masa kau demam, masa kita seperated time drama tu, aku rasa macam tak nak pi kelas, tak nak pi drama, sebab tak jalan dengan kau. Rasa lain. Mai also talented. Dia macam mak, semua concert dia masuk and menang. She was nominated for creme de la creme doh. Dak-dak hebat je boleh tercalon award tu. And ya, kitorang harap akan sambung degree dekat Universiti yang sama, subjek ekonomi. Semoga Allah permudahkan semuanya. Amin.
         NYET, aka miza. Nyet ni tiada word lain yang aku nak bagi selain gempak. Tak sah kalau sehari tu tak dengar dia berlatih nyanyi, berlatih drama, berlatih jadi conductor. The kecoh one la. Nyet sangat-sangat pandai nyanyi. Cant forget the song that you sing for ur idol concert. Unconditionally!! Yang paling gempak, baju dia berlambak. Sumpah aku kata. banyak gila. Dia kata nak bawak balik sikit. Ya, dia bawak balik lepastu dia bawak yang baru. Miza was the one and only yang tahu crush aku dekat ibi. Paling ingat bila tiba-tiba dia masuk dorm peluk mai. Nangis. Miza always happy. Jarang nampak dia stress and moody. Tapi concert dikir barat, gua kata lu stress dia memang macam apa. Yang tu cerita dekat entry lain okay. yang pasti, Nyet, ingat tak yang steamboat tu. kita makan dengan mai. Bajet rm3 je seorang. sekali terlebih-lebih pulak. siap beli ice blend lagi. Lagi satu, yang kita bentang kotak tepi lori steamboat sebab tunggu cacot lama sangat. Ya Allah, yang tu memang takkan pernah lupa. Nyet pun talented. okay-okay. budak-budak dorm aku memang semua talented. almost setiap orang dapat award. 
         KIKI, apa yang saya tak boleh lupa pasal awak ialah awak sangat pembersih masa first time kita jumpa. First day, kita dah start mengemas and sebab kesian tengok dak nyet, kiki, mira bersihkan bilik air. aku pun join. Kiki ni manja and sangat kelakar. Dia cakap bahasa melayu, ha ikut suka dia. kadang-kadang aku pun tak faham. Cant forget awak puji rambut saya, baju saya, and cadar saya. Siap nak bawak balik lagi. Bukan lawa pun and yes, she's talented too. Idol, drama, banyak la.
         NYU,  aka shida. Shida comel bila depan orang lain. Jalan pun ayu je tapi bila dengan kitorang, tak nampak dah ayu dia. Tak lupa juga nyu ni seorang yang rilek. Shida dengan mak ada iras-iras sikit la. Tak sama. Hampir la. Tak boleh lupa yang kita semua pergi City Park and nampak kura-kura. semua panggil kura-kura tu shida. Act, shida ni ada bear penyu. Thats why kitorang panggil dia nyu. Nyu ni dia paling gempak bila jadi burung hantu and susah nak bangun walaupun ayam dia dah berkokok banyak kali. 
         SLAM, aka ella. Ella dapat nama ni sebab rambut dia. Tak boleh lupa part dia nyanyi untuk dikir barat. Lagu MJ tak silap. funky jadi f***ing. Masa tu semua orang marah dia sebab sebut lain. suara dah la kuat. Dia berlakon jadi kakak eros pun gedik gila. sesuai lah tu dengan dia. act, ella kat dorm jadi suami kepada nyu, kiki and isma. And aku dengan ella tukang habiskan biskut coklat mak. YEAH! we are the best.
         ISMA, apa yang tak boleh lupa pasal isma dahi dia. Masa tu dia pakai satu produk tu untuk buang apa tah kat dahi dia. Tapi disebabkan dia pakai terlebih, dahi dia terus ada lubang kecik disebabkan benda alah tu. kk yang tu kelakar. Part sedih bila isma balik la. Dia paling awal balik. Isma ni serupa je dengan shida. Rilek gila. Pergi kelas pun lambat mentang-mentang kelas kat bawah je. 
         CACOT, aka ecah. mana dapat nama ni? dari game warewolf. Cacot ni penyelamat bila seluar terkoyak. Dia ni kalau cakap tak boleh nak slow sikit. Ni la dia orang yang selalu buat aku terjaga sebab suara dia yang kuat tu masa weekend. Cacot ni boleh tahan la. Dia nyanyi lagu Let it go masa idol. Masa tu dia pakai kebaya labuh dak isma. Nak tak nak je dia pakai. Tak boleh blah peristiwa masa nak pakai tu. yang tu tak boleh lupa. kk
       MIRA, seorang yang ayu, comel dan boleh nampak lemah lembut dia. Pandai nyanyi and masuk idol. Kadang tertanya jugak kenapa dia balik lambat. Selalu. pukul 1 pun kadang tak balik. She was my groupmate untuk concert drama. Masa tu baru tahu la kenapa dia selalu balik lambat. Rupanya lepak dengan mentor. Yang pasti, makanan yang dia bawak semua sedap. 
          MUSYI, tinggi, pakai spek. Yang pasti dia macam kakak- kakak yang garang kk dia ni, aku suka abang hanif, dia pun suka. aku suka mentor ni, dia pun ikut suka. ke kita ni memang sama taste? sangat pandai berdikari. dia balik terengganu dengan beg-beg dia yang banyak tu naik bas je doh. aku ni walaupun Johor je tapi tetap mak aku jemput. 
          MUS, mus pun pandai nyanyi. dia nyanyi macam bernasyid tapi best. Paling tak boleh lupa cara dia tidur and dia selalu gaduh-gaduh manja dengan mira. Tak tahu la apa yang diorang gaduhkan. Kulit mus putih dan flawless wehhh, adore gila.
          LYNN, jaranglah nampak katil dia tak penuh dengan barang. lynn kalau pergi mall dengan kiki, comfirm banyak gila barang yang dibawa balik. Tak boleh lupa masa pergi tengok wayang cerita elois. cerita tu baru main 2 minit, dia dah nak keluar. Dia kata takut sebab cerita tu dalam kategori horror tapi tak pun. cerita orang gila. Dah la tiket 17 ringgit.
             FARAH, actually kak fara, kak fara sekejap je dekat ibi. Kitorang tak sempat nak kenal pun tapi masa dia cakap umur dia 20 tahun, kitorang semua terkejut. sebab tak sangka. kat situ mostly 19. semua 19 tahun. tu yang kitorang tak sangka.
             So ya, tu je. For me, memang tak lama dengan diorang tapi kenangan yang tercipta tu sangat-sangat berharga. Tak boleh nak cerita semua sebab ada certain part we need to keep it as a secret but still remind in our heart right? Thank you for that two months memories. Good Luck.
We may had different attitude and personality but we had tried to understand each other and that had make all of you so important for me. Thank you.


Older Post | Newer Post
The Disclaimer

Hi Iam a girl with different personalities
Close your eyes and imagine the best version of you possible. THat's who you really are, let go of any part of you that doesnt believe it


Navigations!

Diary About


Talk Less, Type More


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : tyrrooh

Best View at GOOGLE CHROME!